Portal Majlis Guru Cemerlang (MGC) Daerah Keningau
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Who is online?
In total there are 8 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 8 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 109 on Wed Apr 07, 2021 9:25 am
Latest topics
» GC dalam pasukan kecemerlangan UPSR daerah Keningau 2014
by Admin Tue Jul 15, 2014 12:52 pm

» Tahniah cikgu Siva -lanjutkan pelajaran ke peringkat pHD -april2014
by Admin Thu Apr 03, 2014 2:07 pm

» AJK MGC Zon Pedalaman 2014/2015
by Admin Thu Apr 03, 2014 1:48 pm

» Mesyuarat MGC Zon Pedalaman -3april2014
by Admin Thu Apr 03, 2014 1:17 pm

» Pembubaran AJK MGC Zon Pedalaman -20feb2014
by Admin Thu Feb 20, 2014 1:06 pm

» Lima juta guru diperlukan menjelang 2015, lapor Unesco
by Admin Wed Oct 09, 2013 1:52 pm

» Bahasa Inggeris subjek wajib lulus SPM 2016
by Admin Fri Sep 06, 2013 9:26 am

» Masalah laman web ...
by Admin Wed Aug 21, 2013 2:50 am

» Low teaching quality: ‘Ministry’s fault’
by Admin Wed Aug 14, 2013 1:52 am

» Kpd GC yg terlibat... perlu bantuan teknikal membina laman web?
by Admin Fri Jul 05, 2013 1:25 pm

MGCK Chatbox


OTHER MGCK LINKS

Pengetua, guru besar bakal terima cuti sabatikal

Go down

Pengetua, guru besar bakal terima cuti sabatikal Empty Pengetua, guru besar bakal terima cuti sabatikal

Post by Admin Tue Jul 02, 2013 10:43 am

Pengetua, guru besar bakal terima cuti sabatikal

18 Jun 2013
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/pengetua-guru-besar-bakal-terima-cuti-sabatikal-1.172934

SERI KEMBANGAN - Kementerian Pendidikan bercadang memperkenalkan cuti sabatikal untuk pengetua, guru besar dan guru mengikuti program pembelajaran di luar negara, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.
   
Beliau berkata cuti sabatikal untuk mengikuti program pembelajaran luar negara yang kini hanya dinikmati pensyarah di institusi pengajian tinggi amat penting dalam usaha kerajaan meletakkan sistem pendidikan negara setanding dengan negara di seluruh dunia.
   
"Kita sering berkata mahu meletakkan sistem pendidikan Malaysia sebaris dengan negara luar tetapi bagaimana kita nak merealisasikannya kalau pengetua, guru besar dan guru kita tidak dapat banyak pendedahan tentang sistem pendidikan di luar negara.
   
"Dengan cara ini kita harap lebih ramai pengetua, guru besar dan guru mempelajari sistem pendidikan di negara seperti United Kingdom dan Finland bagi membuka minda mereka tentang cara terbaik melahirkan anak bangsa yang mampu meneruskan kecemerlangan Malaysia pada masa depan," katanya.
   
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan Anugerah Tawaran Baharu Kepada Pengetua Tahun 2012 di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abd Ghafar Mahmud dan Ketua Nazir Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan Datuk Misrah Ibrahim.

Seramai 151 pengetua sekolah menerima sijil dan wang tunai RM7,500 pada anugerah yang diberi kepada pengetua sekolah cemerlang berdasarkan Gred Purata Sekolah dan skor Standard Kualiti Pendidikan Malaysia sekolah mereka.
   
Idris berkata cadangan itu masih dalam perbincangan serta kajian di peringkat kementerian dan apabila selesai, ia akan dibentang kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan.
   
"Banyak perkara kita perlu bincangkan dan kita teliti seperti tempoh masa cuti itu dua ke tiga bulan, sabatikal ini boleh diambil setiap lima tahun sekali dan negara-negara yang terbaik untuk kita hantar guru kita.
   
"Kita akan buka peluang untuk semua jenis guru, peringkat menengah, rendah mahupun bidang teknikal. Kementerian akan pilih siapa yang layak menerusi kriteria yang akan kami tetapkan nanti," katanya.
   
Mengulas mengenai Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2015, Idris berkata pengetua dan guru besar perlu menjadi agen perubahan bagi merealisasikan fasa pertama pelan itu yang bermatlamat merubah sistem pendidikan negara untuk menghasilkan generasi muda berdaya maju.

Ditanya tentang keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini, beliau berkata sekolah dalam kawasan yang mempunyai Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 300 akan diarah tutup serta merta bagi mengelakkan masalah kesihatan di kalangan pelajar.
  
"Saya nasihatkan pelajar supaya memakai topeng penapis udara, minum air dengan banyak dan kurangkan aktiviti luar jika IPU di kawasan anda teruk.
   
"Kementerian akan memantau rapi perkembangan jerebu ini bagi memastikan kesihatan pelajar kita tidak terjejas," katanya.  - Bernama

Admin
Admin

Posts : 351
Join date : 2011-02-24

http://mgckeningau.phpbb9.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum