Portal Majlis Guru Cemerlang (MGC) Daerah Keningau
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Who is online?
In total there are 11 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 11 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 109 on Wed Apr 07, 2021 9:25 am
Latest topics
» GC dalam pasukan kecemerlangan UPSR daerah Keningau 2014
by Admin Tue Jul 15, 2014 12:52 pm

» Tahniah cikgu Siva -lanjutkan pelajaran ke peringkat pHD -april2014
by Admin Thu Apr 03, 2014 2:07 pm

» AJK MGC Zon Pedalaman 2014/2015
by Admin Thu Apr 03, 2014 1:48 pm

» Mesyuarat MGC Zon Pedalaman -3april2014
by Admin Thu Apr 03, 2014 1:17 pm

» Pembubaran AJK MGC Zon Pedalaman -20feb2014
by Admin Thu Feb 20, 2014 1:06 pm

» Lima juta guru diperlukan menjelang 2015, lapor Unesco
by Admin Wed Oct 09, 2013 1:52 pm

» Bahasa Inggeris subjek wajib lulus SPM 2016
by Admin Fri Sep 06, 2013 9:26 am

» Masalah laman web ...
by Admin Wed Aug 21, 2013 2:50 am

» Low teaching quality: ‘Ministry’s fault’
by Admin Wed Aug 14, 2013 1:52 am

» Kpd GC yg terlibat... perlu bantuan teknikal membina laman web?
by Admin Fri Jul 05, 2013 1:25 pm

MGCK Chatbox


OTHER MGCK LINKS

Lantikan guru besar, pengetua berdasar penilaian

Go down

Lantikan guru besar, pengetua berdasar penilaian Empty Lantikan guru besar, pengetua berdasar penilaian

Post by Admin Tue Jul 02, 2013 10:39 am

Lantikan guru besar, pengetua berdasar penilaian
2 Julai 2013
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/lantikan-guru-besar-pengetua-berdasar-penilaian-1.178041

Lantikan guru besar, pengetua berdasar penilaian Image
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

GENTING HIGHLANDS - Mulai tahun depan, proses pelantikan pengetua dan guru besar akan dimantapkan lagi dengan memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
   
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata proses pelantikan itu akan dibuat berdasarkan latihan dan penilaian yang dilaksanakan untuk bakal pengetua dan guru besar melalui Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) yang dijalankan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB).
   
Beliau berkata, selain itu, penilaian akan turut dibuat berdasarkan kemampuan bakal guru besar dan pengetua melaksanakan tanggungjawab mereka, sifat kreativiti dan inovasi mereka di samping mempunyai rekod cemerlang dalam kerjaya mereka sebagai guru.
   
"Tahun depan, pelantikan guru besar dan pengetua adalah berdasarkan penilaian, bila ada kekosongan, jawatannya akan diisi oleh guru yang terbaik, kita akan ambil kira soal ujian dan pencapaian yang dicapai oleh guru ini berdasarkan kursus yang mereka jalani.
   
"Tujuan kita supaya kita menempatkan kepimpinan sekolah iaitu pengetua dan guru besar yang terbaik daripada kalangan terbaik, bermakna mereka haruslah melalui proses penilaian dari segi tahap kepimpinan dan perkara lain yang berkaitan dengan kemampuan mereka melaksanakan tanggungjawabnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-20 di IAB di sini hari ini.

Muhyiddin berkata ia dapat meningkatkan kualiti pendidikan negara ini selaras dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia di mana antara anjakan paling penting dalam pelan itu ialah keupayaan guru dan kepimpinan di sekolah.
   
"Kalau sekolah itu berjaya, antara faktor utama ialah daya kepimpinan di sekolah itu, iaitu pengetua dan guru besar, latihan sudah bermula tetapi proses penilaian itu akan dibuat berdasarkan kursus yang telah mereka lalui dan pencapaian yang lain," katanya.
   
Beliau berkata kemasukan untuk NPQEL dibuka sepanjang tahun, dan IAB merancang untuk melatih 1,000 orang guru tahun depan yang dipilih dari kalangan guru terbaik.
   
Terdahulu, ketika berucap, Muhyiddin berkata program itu telah melahirkan graduan yang mempunyai kepimpinan berwibawa dan mampu meningkatkan prestasi sekolah yang dipimpin.
   
Beliau berkata institusi sekolah memerlukan kepimpinan yang berbeza daripada apa yang ada sebelum ini untuk menghadapi semua cabaran dengan berkesan.

"Sudah sampai masanya jawatan pengetua dan guru besar tidak boleh lagi disandang secara automatik, tetapi perlu melalui suatu proses penapisan yang teliti dan melalui program latihan dan bimbingan yang komprehensif," katanya.
   
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai pertukaran guru-guru yang sudah berkahwin, Muhyiddin berkata kementerian akan membuat pertimbangan sekiranya permohonan guru-guru tersebut sepadan dengan kekosongan yang ada.
   
"Kita tidak boleh tukar begitu sahaja kecuali tempat yang dimohon ada kekosongan, ia mesti berdasarkan opsyen, kalau guru Bahasa Inggeris nak pindah ke sekolah yang ada ramai guru subjek tersebut, maka dia tidak akan ajar subjek itu tetapi ajar subjek lain, ini akan menjejaskan pembelajaran dan pengajaran.
   
"Sebahagian permohonan munasabah kerana ada asas contohnya suami, anak di tempat lain, kita akan kaji permohonan kalau ada keperluan dan tempat itu ada kekosongan itu boleh diterima," katanya.
   
Beliau berkata permohonan untuk pertukaran guru diterima setiap tahun, di mana tahun lepas hampir 20,000 permohonan diterima dan kementerian akan mengambil perhatian sewajarnya terhadap isu ini.
   
Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching memberitahu Dewan Rakyat adalah tidak sesuai bagi pasangan suami isteri, terutama yang baru berkahwin dipisahkan atas kekangan tugas. - Bernama

Admin
Admin

Posts : 351
Join date : 2011-02-24

http://mgckeningau.phpbb9.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum