Portal Majlis Guru Cemerlang (MGC) Daerah Keningau
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Who is online?
In total there are 6 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 6 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 109 on Wed Apr 07, 2021 9:25 am
Latest topics
» GC dalam pasukan kecemerlangan UPSR daerah Keningau 2014
by Admin Tue Jul 15, 2014 12:52 pm

» Tahniah cikgu Siva -lanjutkan pelajaran ke peringkat pHD -april2014
by Admin Thu Apr 03, 2014 2:07 pm

» AJK MGC Zon Pedalaman 2014/2015
by Admin Thu Apr 03, 2014 1:48 pm

» Mesyuarat MGC Zon Pedalaman -3april2014
by Admin Thu Apr 03, 2014 1:17 pm

» Pembubaran AJK MGC Zon Pedalaman -20feb2014
by Admin Thu Feb 20, 2014 1:06 pm

» Lima juta guru diperlukan menjelang 2015, lapor Unesco
by Admin Wed Oct 09, 2013 1:52 pm

» Bahasa Inggeris subjek wajib lulus SPM 2016
by Admin Fri Sep 06, 2013 9:26 am

» Masalah laman web ...
by Admin Wed Aug 21, 2013 2:50 am

» Low teaching quality: ‘Ministry’s fault’
by Admin Wed Aug 14, 2013 1:52 am

» Kpd GC yg terlibat... perlu bantuan teknikal membina laman web?
by Admin Fri Jul 05, 2013 1:25 pm

MGCK Chatbox


OTHER MGCK LINKS

PERTANDINGAN MENULIS CERPEN DAN AMALAN P&P

Go down

PERTANDINGAN MENULIS CERPEN DAN AMALAN P&P Empty PERTANDINGAN MENULIS CERPEN DAN AMALAN P&P

Post by Admin Thu Mar 03, 2011 10:40 am

Peraduan menulis
Sastera kreatif
2011
Cerpen
Anjuran

MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA
Tarikh Tutup: 31 Mac 2011

SYARAT DAN KETERANGAN PERADUAN

1. Nama Peraduan
Peraduan Menulis Sastera Kreatif 2011 (Kategori Cerpen)

2. Objektif
2.1 Untuk meningkatkan mutu penulisan kreatif dalam kalangan Guru Cemerlang khususnya penulisan cerpen, dan seterusnya menggalakkan Guru Cemerlang supaya sentiasa gigih berkarya.
2.2 Untuk meningkatkan bilangan penulis yang benar-benar berminat dan cekal menulis cerpen bermutu sehingga dapat menerbitkan karya masing-masing.

3. Syarat-syarat Penyertaan
3.1 Penyertaan terbuka kepada semua Guru Cemerlang di Malaysia.
3.2 Penyertaan hendaklah disampaikan menggunakan borang rasmi yang boleh didapati daripada Yang Dipertua, Majlis Guru Cemerlang Negeri. Borang ini boleh diperbanyakkan/difotostat jika perlu.
3.3 Cerpen hendaklah ditulis menggunakan Bahasa Melayu Baku dan panjangnya hendaklah sekitar 2500 – 3500 perkataan atau 12 – 14 halaman kertas A4.
3.4 Setiap peserta boleh menghantar tidak lebih daripada dua buah cerpen untuk menyertai peraduan ini.
3.5 Karya yang dihantar untuk menyertai peraduan ini tidak akan dikembalikan. Peserta dinasihati untuk menyimpan salinannya.

4. Definisi dan Tema
4.1 Dalam pengertian yang umum, cerpen dapat didefinisikan sebagai kisah rekaan yang relatif pendek yang dihasilkan dalam bentuk prosa.
4.2 Tema adalah bebas tetapi sesuai untuk bacaan para guru, bakal guru, para pelajar dan pembaca umum serta tidak menyentuh perkara-perkara yang dianggap sensetif atau yang boleh menyinggung perasaan mana-mana kumpulan kaum, agama, kepercayaan dan budaya di Malaysia.

5. Penghakiman
Semua penyertaan yang menepati syarat peraduan ini akan dihakimi oleh panel penilai yang akan dilantik oleh penganjur. Keputusan panel hakim dan urus setia adalah muktamad.

6. Hak Penerbitan

Penganjur berhak untuk menerbitkan/menyiarkan penyertaan (karya-karya) yang dipilih, dan dalam berbuat demikian, berhak membuat penyuntingan atau pindaan yang difikirkan perlu, ke atas karya-karya yang berkenaan. Karya yang dihantar menyertai peraduan tidak boleh dihantar kepada penerbit atau pihak lain tanpa mendapat persetujuan penganjur peraduan ini terlebih dahulu.

7. Penulisan
Karya hendaklah bertaip (komputer) berjarak dua (double spacing) dengan menggunakan kertas taip saiz A4 dan ditaip pada sebelah kertas yang digunakan dan sertakan juga dalam bentuk soft copy (salinan CD)

8. Tarikh Tutup
Tarikh tutup peraduan ialah 31 Mac 2011. Karya mesti sampai kepada Urus Setia (hard copy dan soft copy) pada atau sebelum tarikh tersebut. Penyertaan yang lewat sampai tidak akan dipertimbangkan.

9. Keaslian Karya

Karya hendaklah karya asli peserta (bukan diciplak atau dipadankan daripada karya orang lain) dan belum pernah disiarkan di mana-mana. Peserta mesti bersedia untuk memperakukan keaslian karya yang dihantar itu.

10. Salinan Pertama
Semua penyertaan mestilah dalam bentuk salinan pertama, bukan salinan foto atau salinan karbon.

11. Nama Peserta
Nama Peserta hendaklah jangan ditulis pada naskhah karya tetapi memadai ditulis pada borang penyertaan sahaja.

12. Hadiah
Pertama : RM500.00 + Sijil
Kedua : RM300.00 + Sijil
Ketiga : RM200.00 + Sijil
5 Sagu Hati : RM100.00 Setiap Satu dan Sijil

13. Urus Setia
Alamat Urus Setia:

Urus Setia
Peraduan Menulis Sastera Kreatif 2011 (Cerpen)
Majlis Guru Cemerlang Malaysia,
d/a: No. 7, Jalan Baung, Taman Bintang,
83500 Parit Sulong, Batu Pahat
(u.p: AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN)
Tel: 4186690/ 012 7373690
E-Mel: azizulmdk@yahoo.com

Admin
Admin

Posts : 351
Join date : 2011-02-24

http://mgckeningau.phpbb9.com

Back to top Go down

PERTANDINGAN MENULIS CERPEN DAN AMALAN P&P Empty Re: PERTANDINGAN MENULIS CERPEN DAN AMALAN P&P

Post by Admin Thu Mar 03, 2011 10:45 am

Borang penyertaan rasmi

A. Judul Cerpen
i. …………………………………………………………
ii. …………………………………………………………

B. Butiran Diri Nama Penuh:………………………………………………. (Seperti dalam Kad Pengenalan)
No. Kad Pengenalan:………………………………………
DG :…………………………………………………..
Jantina: …………………………………………………… Umur: ………………………………………………………
Alamat Sekolah: …………………………………………. ……………………………………………………………… ………………………………………………………………
Alamat Rumah: ………………………………………….. ……………………………………………………………… ………………………………………………………………
No. Telefon Rumah: ………………………………………
No. Telefon Sekolah: ……………………………………..
No. Telefon Bimbit: ……………………………………….
E-Mel:………………………………………………………..

C. Perakuan Peserta
Dengan ini saya mengaku bahawa:
(i) Semua butiran yang diberikan di atas adalah benar.
(ii) Cerpen yang tersebut di atas adalah hasil saya sendiri, dan belum pernah disiarkan di mana-mana.

Saya juga bersetuju mematuhi semua syarat yang dikenakan serta menerima segala keputusan pihak penganjur berhubung dengan peraduan ini.

…………………………… …………………… (Tandatangan) (Tarikh)

D. Perakuan Pentadbir
Dengan ini saya mengesahkan bahawa: (Nama Peserta) …………………………………………………………..
(No. KP:……………………………………. Adalah Guru Cemerlang Di Sekolah……………………………………………………………………….

………………………………….. (Tanda Tangan Pengetua)

(Cop Sekolah)
Tarikh:……………………..

PENGUMUMAN PENERBITAN BUKU AMALAN TERBAIK P&P GURU CEMERLANG 2011
Guru-guru Cemerlang yang dihormati, Majlis Guru Cemerlang Malaysia (MGCM) akan menerbitkan buku Amalan Terbaik Pengajaran dan Pembelajaran Guru Cemerlang untuk semua mata pelajaran. Sehubunga dengan itu, MGCM mempelawa semua guru cemerlang untuk menghantar hasil penulisan mereka berdasarkan syarat-syarat yang berikut:

  1. Hasil penulisan mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu Baku dan panjangnya sekitar 2000 – 4000 perkataan (12 – 20 halaman kertas A4)
  2. Rencana mestilah hasil karya asli penulis, tidak diciplak, diubah suai, diterjemah atau pernah tersiar di mana-mana penerbitan sama ada dalam bentuk cetakan atau elektronik.
  3. Tidak menyentuh perkara-perkara yang dianggap sensetif atau yang boleh menyinggung perasaan mana-mana kumpulan kaum, agama, kepercayaan dan budaya di Malaysia.
  4. MGCM berhak untuk menerbitkan rencana yang terpilih, dan dalam berbuat demikian, kami berhak membuat penyuntingan atau pindaan yang difikirkan perlu, ke atas rencana yang berkenaan. Rencana yang dihantar kepada MGCM tidak boleh dihantar kepada penerbit atau pihak lain.
  5. Gambar, gambar rajah, foto dan sebagainya yang digunakan dalam penulisan rencana, hendaklah dinyatakan sumber rujukannnya. (Sebaik-baiknya dilukis atau gambar fototo diambil sendiri)
  6. Karya hendaklah bertaip (komputer), Ariel dan fon 12, berjarak dua (double spacing) dengan menggunakan kertas taip saiz A4 dan ditaip pada sebelah kertas yang digunakan dan disertakan juga dalam bentuk CD (soft copy).
  7. Penyertaan hendaklah disampaikan menggunakan borang rasmi.
  8. Setiap guru cemerlang boleh menghantar tidak lebih daripada dua buah rencana sahaja.
  9. Hanya rencana yang mencapai tahap penilaian akan diterbitkan.
  10. Penulis yang rencananya diterbitkan akan menerima sebuah buku dan honorarium yanag difikirkan sesuai.
  11. Tarikh tutup penyertaan ialah 31 Mac 2011. Karya mesti sampai kepada MGCM pada atau sebelum tarikh tersebut. Penyertaan yang lewat sampai tidak akan dipertimbangkan.
  12. Pada muka hadapan rencana hendaklah dituliskan butiran yang berikut: a. Nama Penulis (seperti di dalam kad pengenalan) b. Nama dan alamat sekolah
  13. Hantarkan hasil penulisan dalam bentuk soft copy (CD) dan hard copy kepada:
AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN
7, JALAN BAUNG, TAMAN BINTANG,
83500 PARIT SULONG BATU PAHAT, JOHOR.
012 7373690

BORANG PENYERTAAN

A. JUDUL RENCANA (I)…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………. (II)………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

B. BUTIRAN DIRI

NAMA PENUH:……………………………………………………………………. NO. KP: …………………………………………………………………………….. DG:……………………………………………………………………………………. ALAMATSEKOLAH:………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………. ALAMATRUMAH:………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………. NO. TEL SEKOLAH:……………………………………………………………… NO.TELRUMAH:…………………………………………………………………..
NO. TEL BIMBIT:…………………………………………………………………. E-MEL:……………………………………………………………………………….. C.

PENGAKUAN PENULIS
Dengan ini saya mengaku bahawa:
(i) Semua butiran yang diberikan di atas adalah benar.
(ii) Rencana yang dihantar adalah hasil saya sendiri, dan belum pernahy disiarkan di mana-mana. Saya juga bersetuju mematuhi semua syarat yang dikenakan sertaa menerima segala keputusan pihak MGCM berhubung dengan penerbitan ini.

………………………………….. (Tandatangan) ……………………………………. (Tarikh)

(Cop Sekolah)

Admin
Admin

Posts : 351
Join date : 2011-02-24

http://mgckeningau.phpbb9.com

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum