Portal Majlis Guru Cemerlang (MGC) Daerah Keningau
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Who is online?
In total there are 6 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 6 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 109 on Wed Apr 07, 2021 9:25 am
Latest topics
» GC dalam pasukan kecemerlangan UPSR daerah Keningau 2014
by Admin Tue Jul 15, 2014 12:52 pm

» Tahniah cikgu Siva -lanjutkan pelajaran ke peringkat pHD -april2014
by Admin Thu Apr 03, 2014 2:07 pm

» AJK MGC Zon Pedalaman 2014/2015
by Admin Thu Apr 03, 2014 1:48 pm

» Mesyuarat MGC Zon Pedalaman -3april2014
by Admin Thu Apr 03, 2014 1:17 pm

» Pembubaran AJK MGC Zon Pedalaman -20feb2014
by Admin Thu Feb 20, 2014 1:06 pm

» Lima juta guru diperlukan menjelang 2015, lapor Unesco
by Admin Wed Oct 09, 2013 1:52 pm

» Bahasa Inggeris subjek wajib lulus SPM 2016
by Admin Fri Sep 06, 2013 9:26 am

» Masalah laman web ...
by Admin Wed Aug 21, 2013 2:50 am

» Low teaching quality: ‘Ministry’s fault’
by Admin Wed Aug 14, 2013 1:52 am

» Kpd GC yg terlibat... perlu bantuan teknikal membina laman web?
by Admin Fri Jul 05, 2013 1:25 pm

MGCK Chatbox


OTHER MGCK LINKS

Lima juta guru diperlukan menjelang 2015, lapor Unesco

Go down

Lima juta guru diperlukan menjelang 2015, lapor Unesco Empty Lima juta guru diperlukan menjelang 2015, lapor Unesco

Post by Admin Wed Oct 09, 2013 1:52 pm

Dunia memerlukan lebih ramai guru, khususnya yang berkualiti, kerana mereka merupakan faktor penting yang menarik minat kanak-kanak untuk terus bersekolah, kata pakar program ICT Dalam Pendidikan Biro Pendidikan Rantau Asia Pasifik (Unesco Bangkok) Jonghwi Park.

Beliau berkata lima juta guru diperlukan untuk memenuhi keperluan Pendidikan Rendah Universal menjelang 2015.

"Kita kekurangan lima juta (guru) bagi sekolah rendah dan menengah. Menjelang 2030, sekiranya kita tidak berbuat sesuatu mengenainya, maka jumlahnya akan meningkat sekali ganda.


"Ini adalah unjuran kami berdasarkan perubahan demografi dan sebagainya
," kata beliau.

Jonghwi berkata demikian pada sidang akhbar selepas perasmian Seminar Serantau mengenai ICT (teknologi dan komuniksi maklumat) Integrasi Dalam Pembelajaran dan Pengajaran Unesco-USM (Universiti Sains Malaysia) oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan) USM Prof Dr Adnan Hussein hari ini.

Seminar tiga hari itu disertai 50 peserta dari Thailand, Vietnam, China, Filipina, Pakistan, Nepal, Sri Lanka, India, Maldives, Uzbekistan, Fiji dan Bangladesh.

Jonghwi berkata Unesco sedang memberi tumpuan terhadap urusan pergerakan guru melalui program pertukaran melibatkan negara yang mempunyai guru berlebihan.

"Kami ingin menetapkan satu kelayakan umum bagi guru untuk membolehkan pertukaran guru dilaksanakan... umpamanya ijazah dalam bidang pendidikan.


"Sekiranya anda memiliki ijazah dalam bidang pendidikan di Malaysia yang diiktiraf di negara lain, kami boleh tempatkan mereka di negara yang menghadapi masalah kekurangan guru. Unesco sedang mengusahakan perkara ini," katanya.

Jonghwi berkata Unesco meletakkan sasaran untuk mencapai pendidikan berkualiti dan akses kepada pendidikan rendah di seluruh dunia menjelang 2015. – Bernama, 9 Oktober, 2013.

Admin
Admin

Posts : 351
Join date : 2011-02-24

http://mgckeningau.phpbb9.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum